Welcome to this blog

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

Welcome to this blog. I hope that you will get something beneficial in this web the topic that i will post such as music, movie,medical references, meedical stuff, photography and etc. thank you for visiting this blog.

ECG -electrocardiogram

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

An electrocardiogram (ECG / EKG) is an electrical recording of the heart and is used in the investigation of heart disease.

10 Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

Posted by mfk On 03- 04 - 2009

Apakah situasi2 lelaki yag perempuan harus mengerti dan fahami? Ikuti maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dlm entry berkenaan

Delaying cataract

Posted by mfk On April - 3rd - 2009

What is cataract? How to delay it?

Medical Mnemonic - OnG PART 1

Posted by mfk On Nov - 5 - 2009

what is mnemonic? Definitions of mnemonic a device (such as a rhyme or acronym) used to aid recall of or relating to or involved the practice of aiding the memory; "mnemonic device" for this time being, let have a look at Obstetric Gynaecology Mnemonic



tak habis-habis berkaitan makanan dan minuman tercemar..
kali ini berkaitan dengan air minuman dalam botol plastik pulak dah...
memang dalam zaman moden ini tidak boleh tidak ada sahaja berkaitan dengan pencemaran. Kita dalam zaman pasca pemodenan ni, memang tidak boleh lari dari menggunakan air botol plastik. mengenai air botol plastik, aku sendiri pun mmg gemar beli air botol plastik, tak kira la air mineral atau air berkarbonat. Memang ia merupakan salah satu alternatif yg murah dan mudah lagi2 kalau dah tegak ni haus. Senang didapati di mana2 sahaja dengan variasi perisa jadi pilihan menjadi faktor penarik untuk membelinya lagi kepada yang malas nak bawa bekas minuman ke hulu ke hilir. Kalau nak beli minuman di tepi jalan yg dilalui ribuan kenderaan seterusnya menyebarkan habuk2 berterbangan juga menjadi satu penyebab untuk lebih memilih air botol plastik yang di rasakan lebih selamat dan bersih.. hahaha~~
Bukan itu jer, kadang2 botol plastik digunakan berulang-kali sehingga la hilang rupa bentuknya...
panjang pulak intro kali ni...

petikan yg diambil dr UTUSAN MALAYSIA ONLINE


Gesa haramkan air botol plastik



PULAU PINANG 4 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan air dalam botol plastik kerana ia boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, anggapan air yang dibotolkan adalah menyihatkan dan bebas kalori berbanding minuman ringan adalah tidak benar kerana ia tidak mempunyai jaminan seumpamanya.
Menurut beliau, penghasilan botol plastik yang digunakan juga menjana lebih 100 kali ganda bahan toksik yang mampu melarut resap ke dalam air.
''Proses menghasilkan dan mengangkut botol yang digunakan juga boleh menjejaskan alam sekitar kerana kebanyakan botol terpakai akan dilambak ke tapak pelupusan sampah.

''Dianggarkan 1.5 juta tong minyak mentah digunakan setiap tahun di seluruh dunia bagi menghasilkan plastik untuk membotolkan air, ia pula diangkut dalam jarak jauh untuk diedar dan membakar sejumlah besar minyak.
''Jadi, dalam proses tersebut apabila botol menjadi panas ia mula merembes bahan kimia ke dalam air walaupun botol belum dibuka dan ini yang boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambahnya, menurut kajian Dr. Ken Smith dari Jabatan Kimia Persekitaran, Persatuan Bahan Kimia Amerika Syarikat, meninggalkan botol air dalam kenderaan boleh mengubah keseimbangan bahan kimia dalam botol menyebabkan ia mudah resap ke dalam air.


''Pada 2006, saintis dari Jerman pula mendapati sejenis bahan toksik yang digunakan dalam pembuatan botol selain meresap dengan cepat ia juga boleh menjadi sangat bertoksik jika semakin lama disimpan.
''Dianggarkan penduduk negara ini meminum lebih 100 juta botol air setahun dan harganya pula ada serendah 40 sen jika dibeli secara karton di pasar raya dan setinggi RM5 sebotol di hotel-hotel.
''Pada masa sama, ramai pengguna tidak menyedari bahawa botol dengan tudung yang berwarna adalah untuk air biasa sementara botol bertudung putih adalah untuk air minuman yang disuling," ujarnya.
Beliau berkata, para pengguna sebenarnya terpengaruh dengan iklan yang kononnya mengaitkan meminum air dalam botol dengan sesuatu yang glamor, canggih, kaya atau untuk kesihatan.
Sehubungan itu, S.M. Mohamed menasihatkan para pengguna supaya meminum air paip walaupun ia biasanya mempunyai kandungan klorin, namun ujian rawak membuktikan bahawa terdapat perbezaan di antara air paip dan yang dibotolkan.
''Biarkan air paip mengalir seketika sebelum minum bagi mencegah rasa air yang kurang enak kerana ia berada sekian lama dalam paip, pada masa sama campur perahan limau atau lemon bersama ketulan ais ia akan jadi enak dan menyegarkan," katanya.

0 Response to "Dilema Air Botol Plastik??"

Post a Comment


    Chat Box

    mfk resources