Welcome to this blog

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

Welcome to this blog. I hope that you will get something beneficial in this web the topic that i will post such as music, movie,medical references, meedical stuff, photography and etc. thank you for visiting this blog.

ECG -electrocardiogram

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

An electrocardiogram (ECG / EKG) is an electrical recording of the heart and is used in the investigation of heart disease.

10 Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

Posted by mfk On 03- 04 - 2009

Apakah situasi2 lelaki yag perempuan harus mengerti dan fahami? Ikuti maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dlm entry berkenaan

Delaying cataract

Posted by mfk On April - 3rd - 2009

What is cataract? How to delay it?

Medical Mnemonic - OnG PART 1

Posted by mfk On Nov - 5 - 2009

what is mnemonic? Definitions of mnemonic a device (such as a rhyme or acronym) used to aid recall of or relating to or involved the practice of aiding the memory; "mnemonic device" for this time being, let have a look at Obstetric Gynaecology Mnemonic

Amalina tidak gagal

Posted by mfk
nur amalina che bakri

Suatu ketika dulu... pernah tersebut kisah pelajar cemerlang SPM ni
Akhir2 ni ada unsur2 atau khabar yang kurang enak didengar...
 tidak tahu la samada betul atau tidak?
sampai terkeluar isu ni dalam parlimen...
pelbagai persepsi dan tanggapan mereka..
ada saja pihak yang nak menjatuhkan orang lain..aish...

apa pun, ni la jawapan yg di beritakan dalam akhbar semalam dan hari ni...



Nur Amalina tidak gagal


KUALA LUMPUR: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2004, Nur Amalina Che Bakri tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan, Dewan Rakyat diberitahu, semalam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai desas-desus yang mengatakan Nur Amalina gagal dalam pengajiannya serta tidak lagi menuntut di United Kingdom.

“Setakat yang kita tahu, beliau sedang menuntut di universiti itu dan kementerian tiada sebarang maklumat yang mendakwa beliau gagal dalam pengajiannya.

“Lazimnya, mereka yang menuntut di luar negeri terdiri daripada pelajar cemerlang dan mendapat tajaan biasiswa dan sekiranya mereka gagal, penaja akan menjadi pihak pertama yang tahu mengenai perkara itu.


“Bagaimanapun, kita akan melihat dan cuba mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Parlimen, semalam.


Isu kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya dibangkitkan Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) ketika perbahasan.

Bagaimanapun, sejurus Saifuddin memberikan jawapan tersebut, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru itu memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau menerima maklumat terkini berhubung kedudukan sebenar Nur Amalina di Universiti Edinburgh.

“Saya mendapat maklumat daripada seorang pelajar Malaysia yang turut belajar di Universiti of Edinburgh.

“Menurutnya, Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya, malah antara pelajar terbaik dalam bidang Farmakologi dengan Pengalaman Industri (Pharmacology with Industrial Experience).

“Pelajar itu berharap perkara ini dapat dijelaskan,” katanya lagi.

Nur Amalina, 22, adalah pelajar yang mencipta rekod dalam pendidikan negara apabila memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan SPM.

Beliau ditaja Bank Negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom.

Menurut Wikipedia, Nur Amalina baru saja menamatkan tahun keduanya apabila ditawarkan universiti berkenaan mengikuti ijazah dalam Farmakologi dengan Pengalaman Industri berdasarkan keputusannya yang cemerlang.

Ini bermakna beliau akan memperoleh ijazah berganda di penghujung kursus perubatan yang diikutinya.

Nur Amalina hanya akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi. - Bernama





Amalina dipantau


KOTA TINGGI: Keluarga pelajar terbaik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri menafikan prestasi akademik pelajar 17 1A yang kini menuntut di Universiti Edinburgh, United Kingdom itu terjejas walaupun sering diberikan gambaran negatif di Internet.

Ahli keluarganya yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, prestasi pelajaran Nur Amalina pada tahap terbaik sehingga pihak universiti menawarkan pelajar yang mendapat tajaan Bank Negara itu membuat satu lagi ijazah dalam bidang Farmokologi dengan Pengalaman Industri (Pharmocology with Industrial Experience).

“Nur Amalina melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti berkenaan dan masih meneruskan pengajian dalam bidang itu. Dia (Nur Amalina) berpendapat mampu untuk membuat dua pengajian ijazah sarjana muda serentak pada satu masa.

“Lagipun, ia bukan perkara baru untuk seorang pelajar universiti membuat dua pengajian ijazah sarjana muda dalam satu masa,” katanya di sini, semalam.



Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.


Penjelasan itu dibuat selepas Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) membangkitkan isu itu ketika perbahasan.

Dakwaan mengenai kegagalan Nur Amalina bukan satu perkara baru selepas pernah didakwa berhenti daripada pengajian di Cheltenham Ladies’ College, United Kingdom ketika sedang melanjutkan pengajian peringkat A-Level di kolej berkenaan pada 2006.

Ahli keluarga itu berkata, keluarga Nur Amalina sentiasa memantau prestasi pelajar itu, malah ibunya, Sabariah Hassan kini berada di United Kingdom (UK) sejak sebulan lalu untuk bersama-sama dengannya.



ulasan:
Pada pendapat saya, tak semestinya kalau kita sudah berjaya dan pernah berjaya, kita akan terus bersama dengan kejayaan itu. Kadangkala dan ada masanya kita akan jatuh atau erti kata lainnya gagal jika kita terus berusaha untuk mempertahankan kejayaan itu.dan bukan mudah untuk mencapai kejayaan dan sukar lagi untuk meneruskan kejayaan itu tetapi bukannya mustahil. 
Bak kata orang, hidup ibarat roda... kadangkala di atas dan kadangkala di bawah. 
dan bukan sesuatu yang pelik kalau sesorang pelajar itu untuk gagal. 
Janganlah asyik hidup dalam kehidupan yang lepas dan masih berbangga dengan kejayaan yang lepas. tetapi kita boleh menjadikan kejayaan yang lepas sebagai dorogan dan sumber aspirasi kepada diri sendiri. Kenapa aku boleh berjaya dulu dan bukan sekarang?
Banyak lagi aspek2 yang berkaitan dengan cabaran & liku-liku kehidupan insan yang masih bergelar pelajar. 


dan lebih menyedihkan lagi ada pihak yang menyalahkan sistem pendidikan dengan mengaitkan perkara berkenaan. Tidak boleh menyalahkan sistem pendidikan semata-mata kerana berkenaan. itu adalah sangat2 tidak boleh diterima.


and there is some comment that i have read from this blog, maybe you all can have a look and read those comment regarding this matters..
http://1426.blogspot.com/2009_07_19_archive.html


semoga Nur Amalina terus cemerlang dan dapat menghadapi situasi ini dengan baik dan membuktikan kepada mereka2 yang menyebarkan maklumat itu  juga warga Malaysia amnya.



0 Response to "Amalina tidak gagal"

Post a Comment


    Chat Box

    mfk resources