BRASILIA, Brazil - Doktor-doktor di Brazil menemui sebanyak 50 jarum jahitan di dalam tubuh seorang budak lelaki berumur dua tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, jarum itu akan dikeluarkan menerusi satu pembedahan.
Salah seorang doktor itu, Dr. Luiz Cesar Soltoski berkata, beberapa jarum akan dibiarkan berada di dalam tubuh budak tersebut kerana ia terletak dekat dengan hati.
Menurutnya, pembedahan untuk mengeluarkan jarum yang dekat dengan hati itu mungkin berbahaya.
Polis kini sedang mencari punca jarum itu boleh berada di dalam tubuh budak tersebut.
Namun, Dr. Soltoski menyatakan, jarum itu dimasukkan ke dalam tubuh budak tersebut satu demi satu.
Ibu budak itu memberitahu polis dia tidak mengetahui bagaimana jarum tersebut memasuki tubuh dalaman anaknya.
Namun, dia menyatakan dalam satu kenyataan bahawa bapa tiri budak itu mungkin menggunakannya dalam satu upacara ilmu hitam.
Bapa tiri budak itu menafikan dakwaan tersebut.
Sebahagian lagi jarum itu berada di bahagian paru-paru budak itu.
Budak itu dimasukkan ke sebuah hospital di Barreiras, Brazil pada Ahad lalu. - Agensi
my comment: Macam mana jarum2 itu boleh berada dalam tubuh ? adakah dia makan jarum2 itu tanpa disedari?
Macam kes dera pun ada jugak ni..macam-macam hal yang berlaku dunia sekarang ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "jarum dalam tubuh"
Post a Comment