Welcome to this blog

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

Welcome to this blog. I hope that you will get something beneficial in this web the topic that i will post such as music, movie,medical references, meedical stuff, photography and etc. thank you for visiting this blog.

ECG -electrocardiogram

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

An electrocardiogram (ECG / EKG) is an electrical recording of the heart and is used in the investigation of heart disease.

10 Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

Posted by mfk On 03- 04 - 2009

Apakah situasi2 lelaki yag perempuan harus mengerti dan fahami? Ikuti maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dlm entry berkenaan

Delaying cataract

Posted by mfk On April - 3rd - 2009

What is cataract? How to delay it?

Medical Mnemonic - OnG PART 1

Posted by mfk On Nov - 5 - 2009

what is mnemonic? Definitions of mnemonic a device (such as a rhyme or acronym) used to aid recall of or relating to or involved the practice of aiding the memory; "mnemonic device" for this time being, let have a look at Obstetric Gynaecology Mnemonic





UKM anjur pameran perubatan, sains kesihatan

medical education fair

PELAJAR khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpeluang mendapat pendedahan meluas program pengajian dan potensi kerjaya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan menerusi Pameran Pendidikan Perubatan dan Kesihatan di Dataran Pameran, Pusat Dagangan Dunia Putra, esok.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Pengarah Pusat Perubatan UKM, Prof Datuk Dr Lokman Saim, berkata pameran besar-besaran mengkhusus bidang perubatan yang julung kali diadakan itu anjuran bersama Fakulti Perubatan UKM dan Persatuan Alumni Doktor Perubatan UKM.

Katanya, selain mengikuti beberapa siri ceramah oleh dekan fakulti perubatan dan sains kesihatan UKM, pelajar juga boleh mendapatkan bimbingan serta kaunseling pendidikan percuma daripada lebih 15 institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyertai pameran itu.


“Setakat ini, tiada pameran besar-besaran bagi lepasan SPM dan STPM mendapat pendedahan serta bimbingan khusus dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

“Senario semasa sebenar, negara memerlukan ramai pakar dalam bidang sains kesihatan untuk melaksanakan pelbagai proses penting sebelum doktor membuat diagnosis dan merawat termasuk mengendalikan peralatan membuat diagnosis seperti alat CT scan dan MRI, ujian darah, mengukur paras pendengaran serta penglihatan.

Fakulti Perubatan UKM sendiri yang menawarkan 380 tempat [termasuk kos lain ye, bukan perubatan semata-mata] setiap tahun bagi mengikuti program pendidikan berasaskan sains kesihatan mengambil inisiatif merintis penganjuran pameran khusus seumpama ini bagi menyedarkan kebanyakan pelajar yang cenderung memilih program perubatan, pergigian dan farmasi sedangkan tempat ditawarkan agak terhad.

“Antaranya Sarjana Muda Audiologi Pertuturan, Sarjana Muda Optometri, Sarjana Muda Dietetik, Sarjana Muda Pengimejaan Diagnostik dan Radioterapi, Sarjana Muda Sains Forensik dan Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan," katanya ketika ditemui, di Cheras, baru-baru ini.

Dr Lokman berkata, antara IPT yang mengambil bahagian pada pameran itu adalah International Medical University, Kolej Universiti Sains Cyberjaya, Alliance College of Medical Science, Kolej Kejururawatan Murni, Universiti Malaysia Sarawak, KPJ Healthcare Berhad, Malaysian Society For Quality in Health, Universiti Sains Islam Malaysia, Allianze College of Medical Sciences dan Kolej Mahsa.

Kepada semua yang berminat, Sila la bawa ahli keluarga beramai-ramai ke Pameran & Seminar ni...
Lagi2 kepada yang nak ambil Kursus PERUBATAN dan Kursus2 yang berkaitan Perubatan kesihatan seperti Farmasi, dietetik, Optometry, Audiology, Radiology, Nurses,dll...
InsyaAllah banyak Input yg boleh dapat di sana


Sebar2kan program ni..



TQ

0 Response to "Malaysian Medical & Health Education Fair 2009"

Post a Comment


    Chat Box

    mfk resources