Welcome to this blog

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

Welcome to this blog. I hope that you will get something beneficial in this web the topic that i will post such as music, movie,medical references, meedical stuff, photography and etc. thank you for visiting this blog.

ECG -electrocardiogram

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

An electrocardiogram (ECG / EKG) is an electrical recording of the heart and is used in the investigation of heart disease.

10 Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

Posted by mfk On 03- 04 - 2009

Apakah situasi2 lelaki yag perempuan harus mengerti dan fahami? Ikuti maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dlm entry berkenaan

Delaying cataract

Posted by mfk On April - 3rd - 2009

What is cataract? How to delay it?

Medical Mnemonic - OnG PART 1

Posted by mfk On Nov - 5 - 2009

what is mnemonic? Definitions of mnemonic a device (such as a rhyme or acronym) used to aid recall of or relating to or involved the practice of aiding the memory; "mnemonic device" for this time being, let have a look at Obstetric Gynaecology Mnemonic

Belenggu Hutang?

Posted by mfk
Hutang... hutang.... hutang


Masyarakat sekarang tidak boleh lari untuk berhutang. Tidak kisah samaada berhutang dengan bank taupun persendirian untuk pelbagai alasan seperti membuat pinjaman kereta, rumah, kahwin, dan macam-macam lagi.
Kita selalu dengar pepatah "Ukur baju dengan badan sendiri" kalau dah terlebih ukur nanti merana pula. begitu juga dengan pembelanjaan kewangan. Kalau kita mampu tidak mengapa juga. tapi ada juga segelintir yang saya perhatikan, Kalau boleh nak kereta beratus-ratus ribu, padahal tak mampu, tapi semata-mata kerana ingin sekadar menunjuk-nunjuk dan bangga diri semua kesan pada masa akan datang dilupakan disebabkan dibelenggu hutang

Satu lagi masalah yang selalu juga timbul, ialah kalau dah berhutang tapi tak reti-reti nak bayar hutang. Walaupun sebanyak mana pun hutang itu, takkan la tuan empunya yang memberikan bantuan hutang itu pulak nak meminta-minta menyuruh membayar kembali.
Itulah la masalah yang selalu juga dihadapi oleh diri sendiri.
Terasa segan pulak nak meminta supaya mebayar hutang. Bukankah sepatutnya orang yang berhutang itu sendiri yang ingat. Padahal, nampak sangat dia sudah berkempuan untuk membayar hutang. Kadang-kadang, kita berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan orang lain. Bagaimana pula sekiranya orang yang memberikan hutang itu dalam kesusahan dan memerlukan bantuan tetapi tidak mendapat bantuan kewangan.
Apa pula akan berlaku kalau orang yang berhutang itu tak sempat  nak membayar kembali hutang itu?


Kalau nak bercerita mengenai hutang ini, memang alamatnya panjang lebar untuk didiskusikan. Tapi seboleh-boleh jauhkanlah diri ini dari belengu hutang.


MEMBERI hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.

Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala. 
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." 
(Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk memberi hutang. Berbeza halnya dengan orang yang berhutang. Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana hutang itu merupakan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari. Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika
ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.

Dari itu hutang perlu dijelaskan dengan segera. Jangan suka atau sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan.
Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang, tetapi sengaja dilengah-lengahkan. 

Menurut rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan
pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang maksudnya:

"Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam besabda yang maksudnya:

"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya."

Daripada maksud hadis di atas, Ibnu Hajar Al-Haitsami berpendapat bahawa orang-orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang sedangkan dia berkeupayaan untuk melunaskannya menyebabkan
kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Walau bagaimanapun hal yang boleh diceritakan itu hanyalah mengenai buruk perangainya kerana melengah-lengahkan hutang itu sahaja. Adapun menceriatkan keburukannya yang lain adalah haram hukumnya kerana
orang yang dizalimi itu hanya dibenarkan menceritakan kezaliman dalam perkara menangguhkan hutang sahaja. dalam perkara menghalalkan hukuman ke atasnya bererti dia boleh dihukum kerana perbautan sengaja
melengah-lengahkan hutang. Hukuman itu sama ada dipenjara, dirotan atau
seumpamanya. (Az-Zawajir hln 414).

Menurut Ibnu Hajar lagi, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar. Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab
membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. 


Antaranya disebutkan
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "umar Radiallahuanhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." 
(Hadis riwayat IbnuMajah).

Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam enggan menyembahyangkan jenazah apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai
tanggungan hutang. Tindakan Baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan Baginda
terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang. JIka si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan, berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya. Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan selesa di dunia dan di akhirat kelak.



antara artikel lain yang menarik mengenai hutang;
http://www.zaharuddin.net/content/view/138/98/

Sama-samalah kita mengambil iktibar serba sedikit dan menjauhkan diri dari belengu hutang. Kalau rasa-rasanya berhutang dan mampu untuk melunaskan hutang tersebut, baik lakukan segere.
Kalau sesiapa yang rasa-rasanya saya terhutang apa-apa... boleh la memberitahu kepada saya.


Do you any comment?

0 Response to "Belenggu Hutang?"

Post a Comment


    Chat Box

    mfk resources