Salam,
Memang diakui, terlampau ramai doktor pelatih yang sedang berkhidmat di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara sekarang. tak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sesuatu jalan penyelesaian untuk tempoh jangka masa panjang harus difikirkan dan diwacanakan agar ia tidak menjadi semkain serius.
sebahagian dari akhbar yang mengungkap mengenai perkara itu.
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2011/02/17
Hanya banyak belajar teori punca ramai doktor tidak cekap KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian perubatan di beberapa universiti di luar negara mendedahkan mereka lebih banyak mempelajari teori, manakala latihan praktikal amat berkurangan.
“Tambahan pula Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mewajibkan pelajar untuk melakukan praktikal mengikut negara masing-masing, maka tidak hairanlah mengapa timbul masalah ketika ‘housemanship’.
“Oleh itu, kami sangat berharap kerajaan dan MMC mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib kami di perantauan ini,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai bakal doktor.
Seorang lagi pelajar yang memperkenalkan diri sebagai ‘pelajar perubatan Russia’, merayu kerajaan supaya tidak lagi menghantar pelajar tempatan ke negara itu kerana mendakwa mutu dan kualiti pembelajaran di negara itu amat rendah.
“Mereka hanya mementingkan wang... adalah tidak wajar salahkan kami seratus peratus sekiranya kami kurang cekap ketika menjalani ‘housemanship,” katanya.
Pelajar yang mahu dikenali sebagai studentmedic dalam komennya berkata, pemantauan pelajar perubatan tempatan di luar negara harus dilakukan secara berterusan dengan lebih tertumpu kepada latihan praktikal.
“Kami tidak dibenarkan membuat latihan amali di hospital di Malaysia dan pada masa sama, kami tidak dibenarkan menyentuh pesakit di negara pengajian kami atas alasan kami pelajar asing.
“Jadi bagaimana dengan hanya berbekalkan teori semata-mata tanpa praktikal sewajarnya dapat menjanjikan kemahiran klinikal yang sempurna,” katanya.
Sementara itu, seorang ibu dalam komennya mendakwa anaknya memaklumkan universiti tempatnya belajar di Russia agak ketinggalan berbanding kemajuan yang dicapai Malaysia.
Beliau mempersoalkan mengapa Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghantar pelajar tajaannya ke negara berkenaan.
“Menurut anak saya Russia umpama 10 tahun kebelakang daripada Malaysia.
“Persoalannya mengapa pelajar yang cemerlang ini harus menerima latihan di negara yang standardnya amat rendah... saya berasa sangat simpati apabila anak saya menyuarakan kemungkinan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga semakin berkurangan.
“Ini kerana terpaksa berkomunikasi dengan pensyarah yang tidak fasih bahasa Inggeris kerana mereka sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka,” katanya.
Do you any comment?
0 Response to "Pelajar luar negara akui kurang latihan praktikal?"
Post a Comment