masih nak ucap tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas untuk sukan Sea.
Harap Kejayaan ni sebagai pemangkin semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang, dan bukannya hanya terlalu bergembira dengan kejayaan itu semata-mata. Tetapkan maklamat yg lebih tinggi.
Aku ni bukannya fanatik bola sepak sangat pun.. tapi semalam masa shift di accident & emergency, sempat la meninjau -ninjau perkembangan perlawanan semalam..
Teruskan kejayaan itu...
Majulah Sukan untuk negara
Go Malaysia....
Syabas Malaysia!
K RAJAGOBAL adalah ‘raja’ Sukan Sea XXV. “Itu memang nama saya,” katanya berseloroh sebaik skuad bola sepak negara menamatkan penantian 20 tahun untuk memenangi pingat emas selepas menundukkan Vietnam 1-0 pada pertembungan final, malam tadi.
Kemenangan itu terjelma menerusi jaringan gol sendiri pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop, pada minit ke-84 untuk jadi pemisah antara dua pasukan yang hampir sama daripada semua segi.
Lantas, apa maknanya pingat emas ini kepadanya?
“Ia memberi banyak makna. Kegembiraan untuk negara saya. Saya juga fikir ia untuk survival bola sepak negara.
“Ketika tiada seorangpun yang percaya, saya tetap percaya dengan diri saya, dengan kemampuan saya. Jika kita bekerja keras, pasti akan ada ganjarannya. Cuma saya mahu seluruh Malaysia bersabar, kerana ini adalah pasukan muda yang masih perlukan masa,” katanya.
“Walaupun Vietnam menjaringkan gol sendiri, tapi dalam bola sepak, ia dikira jaringan sah dan kita tetap menang,” katanya yang turut memuji semangat juang tinggi ditunjukkan pemainnya.
Rajagobal juga mengharapkan kejayaan ini akan ‘menyenangkan’ laluan seterusnya.
“Saya harap seluruh rakyat Malaysia akan membantu kami selepas ini. Bukan mudah untuk jadi juara kembali selepas 20 tahun. Ini sesuatu yang positif untuk negara.
“Saya amat bangga, terutamanya dengan barisan pemain saya. Mereka sudah bekerja keras. Ini detik mereka. Biarkanlah mereka meraikannya.”
Rajagobal juga langsung tidak teragak mengakui, betapa di sebalik gol sendiri itu, Malaysia adalah juara yang berhak.
“Kami hadir, kami berusaha keras biarpun terpaksa menghadapi segala macam kesukaran. Pemain sudah tunjukkan keberanian, kesungguhan dan semangat yang menakjubkan. Kami memang berhak menjadi juara bola sepak Sukan Sea 2009,” katanya.
Vietnam, yang menewaskan Malaysia di peringkat kumpulan, menampilkan persembahan bertenaga pada separuh masa pertama, tapi tidak gagal menukar dominasi itu ke gol, sebaliknya pasukan negara yang lebih unggul selepas rehat, menjaringkan gol enam minit sebelum tamat perlawanan.
Tertekan dengan asakan Norshahrul Idlan Talaha, Mai Xuan Hop tertampan bola ke dalam gol sendiri. Biarpun berusaha di samping sokongan padu penyokong fanatik mereka, usaha Vietnam untuk mencari gol penyamaan bagi baki beberapa minit, gagal menjadi kenyataan.
Kekalahan itu turut melenyapkan impian jurulatih Vietnam, Henrique Calisto untuk menjadi jurulatih asing pertama menang emas sejak Sukan Sea 1993.
0 Response to "Congratz Malaysia"
Post a Comment