Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sebelum ini tempoh housemanship dalam tiga disiplin wajib sama ada dalam pencegahan dan penyembuhan, pediatrik, pembedahan atau pencegahan dan penyembuhan, pembedahan dan obstetrik dan gynekologi (O&G) -- dengan empat bulan dalam setiap bidang.
Kini wajib bagi mereka dilatih selama empat bulan masing-masing dalam enam disiplin iaitu perubatan am, pediatrik, pembedahan, ortopedik, O&G dan perubatan kecemasan untuk tempoh dua tahun, katanya pada seminar mengenai latihan housemanship di Malaysia, di sini, baru-baru ini.
Katanya tempoh lanjutan itu mula dilaksanakan sejak akhir tahun lepas.
Dr Mohd Ismail berkata semua doktor pelatih akan diletakkan dalam skim perkhidmatan UD41 (RM1999-RM5317) dan selepas tempoh housemanship, mereka akan disahkan dalam perkhidmatan dan dinaikkan ke tangga gaji UD44 (RM3028-RM5570).
Katanya setiap doktor pelatih akan dibimbing, dipantau dan dinilai dari segi pengetahuan dan kemahiran oleh pakar selain meneliti sikap mereka terhadap profesion itu.
"Jika prestasi mereka tidak menepati standard maka tempoh latihan akan dilanjutkan," katanya.
Katanya buat masa ini Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengiktiraf 366 kolej perubatan dalam dan luar negeri yang melahirkan 4,000 graduan perubatan setiap tahun.
Dr Mohd Ismail berkata beliau telah mengarahkan pakar supaya 'mengambil usaha tambahan untuk mengajar dan melatih doktor pelatih sebaik mungkin dengan kesopanan'.
Katanya kajian terbaru terhadap 28 buah hospital besar menunjukkan 67.8 peratus doktor pelatih mendapati latihan mereka adalah terlalu stres dan 53 peratus kadang-kadang memikirkan untuk meninggalkan bidang itu kerana tidak tahan dengan tekanan.
Menurutnya kajian itu juga menunjukkan stres paling tinggi ialah berkaitan dengan waktu kerja dan bebanan kerja dan 30 hingga 40 peratus daripada mereka tidak mempunyai masa untuk aktiviti sosial dan rekreasi.
Selain itu, katanya, 21.8 peratus doktor pelatih memerlukan kaunseling dan 5.8 peratus memerlukan rawatan khusus.
-- BERNAMA
referer: http://jknkedah.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=169
0 Response to "Koleksi berita housemanship part 1"
Post a Comment