entry ini ditujukan kepada pembaca2 yang tidak tahu mengenai penyakit psoriasis..
Baru habis posting dermatology di HKL dan
Kali ini nak berkongsi mengenai sejenis penyakit kulit PSORIASIS...
rasa tergerak hati untuk menulis mengenai penyakit ini...
Psoriasis – The Misunderstood Skin Disease
Ramai juga pesakit yang datang ke klinik kulit dengan masalah psoriasis ini...
Berapa ramai di kalangan kita yang mengetahui mengenai penyakit kulit yang lebih dikenali sebagai PSORIASIS?
mungkin ada yang tidak pernah tahu dan tidak pernah mengenai penyakit ini...
betul bukan?
cuba bayangkan
cuba bayangkan anda ada masalah kulit seperti gambar di atas...
dapat bayangkan atau tidak?
itu semua adalah kesan2 dan antara gejala masalah kulit yang di alami oleh pesakit yang menghidapi masalah psoriasis itu...
apa tanggapan orang lain terhadap anda?
mesti ada yang mengata, mengumpat, dan sebagainya yang sewaktu dengannya
eh dia ni ada penyakit berjangkit la...eeee teruknya...
mereka akan memandang anda dengan jelingan yang tajam
Jika kita ada jerawat sikit pun takut nak berdepan dengan orang lain...
apatah lagi masalah kulit sebegini...
Apakah kesan penyakit itu terhadap kehidupan seharian anda?
sebenarnya banyak lagi aspek yang dilalui oleh pesakit yg mengalami masalah kulit psoriasis ini...
unutk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah psoriasis ini,
baca pautan di bawah ini...
Kulit merupakan perkara pertama yang dilihat pada tubuh manusia. Ini adalah asas kepada pelbagai tarikan iklan kecantikan yang kita lihat setiap hari, tetapi kini adalah waktu untuk perspektif berlainan. Manusia tidak akan lari ketakutan kerana hanya melihat kedutan.
Ini berlainan dengan psoriasis, yang boleh menyebabkan orang lain untuk menunding, merenung dengan jijik, mengalihkan pandangan mata mereka. Seseorang pada kebiasaannya cuba untuk tidak bersentuhan dengan seseorang yang menghidap psoriasis, kerana bimbang dijangkiti.
Apakah itu PSORIASIS?
Psoriasis adalah satu keadaan yang diwarisi yang mengakibatkan radang luka setempat atau merebak pada kulit bersisik yang boleh menjejaskan mana-mana bahagian pada kulit. Ia kerap berlaku pada kulit kepala, dan bahagian luar siku, lutut dan tulang kering. Bagi mereka yang mempunyai psoriasis, sistem imun kulit berubah dan sel-sel putih tertentu yang diaktifkan (sel T) mempercepatkan putaran pertumbuhan sel kulit; ia tidak bersalin kulit sebaliknya sel-sel itu bertindan dan membentuk sisik yang menebal pada permukaan kulit. Kira-kira 10 hingga 30 peratus manusia yang mempunyai psoriasis akan juga mengalami artritis psoriatik. Ini menjejaskan sendi pada jari dan jari kaki dan mungkin turut membabitkan leher, tulang belakang, lutut dan buku lali. Dalam kes-kes yang teruk, artritis psoriatik boleh menyebab hilang upaya dan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada sendi.
Psoriasis adalah sejenis penyakit sepanjang hayat yang menjejaskan kira-kira 2-3 peratus rakyat Malaysia (sama seperti perangkaan dunia). Dr Allan K C Yee, Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 4-5 peratus pesakit luar kulit mendapatkan rawatan untuk masalah psoriasis (berdasarkan kajian yang dilakukan di Universiti Hospital dan di dua hospital swasta di Lembah Klang). Menurut Dr Yee, psoriasis seringkali silap didiagnosis oleh pesakit, ahli farmasi dan doktor sebagai kelemumur, kurap atau ekzema.
Ingat perkataan KULIT
Knowledge atau Pengetahuan adalah penting.
Walaupun ia tidak boleh diubati, mereka yang mengalami psoriasis yang memahami sifat semula jadi penyakit itu boleh mempunyai kehidupan yang normal, dan mengelak faktor-faktor pencetus yang boleh memburuk atau merangsangkan lagi psoriasis. Pengetahuan adalah kuasa – kuasa untuk mengubah kehidupan seseorang untuk menjadi lebih baik.
U adalah singkatan untuk kamu, sebagai individu berkenaan.
Sepertimana semua penyakit berkaitan kulit yang serius, terdapat satu dimensi dalaman kepada psoriasis yang perlu ditangani. Kesihatan emosi seseorang pesakit bukan sahaja dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka, tetapi juga menggalakkan pemahaman yang lebih tinggi di kalangan orang ramai. Tekanan memburukkan lagi psoriasis; sikap kita kepada psoriasis boleh meningkatkan tekanan yang seterusnya menyebabkan poriasis yang berterusan. Sebaliknya dan mujurlah, pengurusan tekanan yang betul dapat memberi kelegaan.
L adalah "LIVE WITH"
hidup bersama psoriasis dan menghadapi penyakit kulit yang utama dengan atau tanpa artritis. Tidak ramai di kalangan kita yang sedar mengenai cabaran yang dilalui oleh seorang pesakit psoriasis pada saban hari.
I - interaksi dengan orang lain –
sama ada bersama ahli keluarga, rakan sekerja, doktor, kumpulan sokongan seperti Persatuan Psoriasis Selangor & WP – adalah sangat penting.
T - Treatment atau Rawatan bagi psoriasis berbeza bagi setiap individu.
“Walaupun prinsip am digunakan, program rawatan harus dibuat khusus untuk seseorang pesakit, bergantung kepada keadaan penyakit, keadaan sosial, dan penyakit asas atau yang berkaitan,” jelas Dr Yee. Ini mengambil masa dan pesakit digalak bekerjasama dengan pakar dermatologi. Pesakit perlu mengikuti perkembangan mengenai rawatan terbaru seperti agen topikal vitamin D, dan biologik – ini memberi pilihan yang lebih selamat dan berkesan kepada pesakit.
TAKE HOME MESSAGE!!!
psoriasis bukan satu penyakit berjangkit, dan ini adalah satu fakta penting yang perlu disebarkan kepada umum, supaya tanggapan dan kebimbangan mengenai penyakit itu dapat diperbetulkan.
MORE INFO:
http://www.dermatology.org.my/kulit_2007_articles.html
end of entry, leave some comment =)
Saya antara salah seorang penghidap psiorisi..saya mengalami penyakit ketika berumur 20-an..mmg penyakit ini boleh menimbulkan rasa malu pada diri pesakit..tambahan rasa gatal yang memuncak kadang kala menjadikan kulit semakin hodoh bila di garu..saya berharap masyarakat di luar janganlah salah tanggapan dan memandang jijik kerana sakit ini tidak berjangkit..seharusnya bagilah sokongan moral untuk kami meneruskan hidup seperti orang lain...