Welcome to this blog

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

Welcome to this blog. I hope that you will get something beneficial in this web the topic that i will post such as music, movie,medical references, meedical stuff, photography and etc. thank you for visiting this blog.

ECG -electrocardiogram

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

An electrocardiogram (ECG / EKG) is an electrical recording of the heart and is used in the investigation of heart disease.

10 Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

Posted by mfk On 03- 04 - 2009

Apakah situasi2 lelaki yag perempuan harus mengerti dan fahami? Ikuti maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dlm entry berkenaan

Delaying cataract

Posted by mfk On April - 3rd - 2009

What is cataract? How to delay it?

Medical Mnemonic - OnG PART 1

Posted by mfk On Nov - 5 - 2009

what is mnemonic? Definitions of mnemonic a device (such as a rhyme or acronym) used to aid recall of or relating to or involved the practice of aiding the memory; "mnemonic device" for this time being, let have a look at Obstetric Gynaecology Mnemonic

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
Hutang... hutang.... hutang


Masyarakat sekarang tidak boleh lari untuk berhutang. Tidak kisah samaada berhutang dengan bank taupun persendirian untuk pelbagai alasan seperti membuat pinjaman kereta, rumah, kahwin, dan macam-macam lagi.
Kita selalu dengar pepatah "Ukur baju dengan badan sendiri" kalau dah terlebih ukur nanti merana pula. begitu juga dengan pembelanjaan kewangan. Kalau kita mampu tidak mengapa juga. tapi ada juga segelintir yang saya perhatikan, Kalau boleh nak kereta beratus-ratus ribu, padahal tak mampu, tapi semata-mata kerana ingin sekadar menunjuk-nunjuk dan bangga diri semua kesan pada masa akan datang dilupakan disebabkan dibelenggu hutang

Satu lagi masalah yang selalu juga timbul, ialah kalau dah berhutang tapi tak reti-reti nak bayar hutang. Walaupun sebanyak mana pun hutang itu, takkan la tuan empunya yang memberikan bantuan hutang itu pulak nak meminta-minta menyuruh membayar kembali.
Itulah la masalah yang selalu juga dihadapi oleh diri sendiri.
Terasa segan pulak nak meminta supaya mebayar hutang. Bukankah sepatutnya orang yang berhutang itu sendiri yang ingat. Padahal, nampak sangat dia sudah berkempuan untuk membayar hutang. Kadang-kadang, kita berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan orang lain. Bagaimana pula sekiranya orang yang memberikan hutang itu dalam kesusahan dan memerlukan bantuan tetapi tidak mendapat bantuan kewangan.
Apa pula akan berlaku kalau orang yang berhutang itu tak sempat  nak membayar kembali hutang itu?


Kalau nak bercerita mengenai hutang ini, memang alamatnya panjang lebar untuk didiskusikan. Tapi seboleh-boleh jauhkanlah diri ini dari belengu hutang.


MEMBERI hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.

Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala. 
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." 
(Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk memberi hutang. Berbeza halnya dengan orang yang berhutang. Berhutang adalah amalan yang tidak digalakkan oleh Islam kerana hutang itu merupakan kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari. Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika
ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.

Dari itu hutang perlu dijelaskan dengan segera. Jangan suka atau sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan.
Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang, tetapi sengaja dilengah-lengahkan. 

Menurut rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan
pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikian ditegaskan oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang maksudnya:

"Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam besabda yang maksudnya:

"Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan menghalalkan hukumannya."

Daripada maksud hadis di atas, Ibnu Hajar Al-Haitsami berpendapat bahawa orang-orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang sedangkan dia berkeupayaan untuk melunaskannya menyebabkan
kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Walau bagaimanapun hal yang boleh diceritakan itu hanyalah mengenai buruk perangainya kerana melengah-lengahkan hutang itu sahaja. Adapun menceriatkan keburukannya yang lain adalah haram hukumnya kerana
orang yang dizalimi itu hanya dibenarkan menceritakan kezaliman dalam perkara menangguhkan hutang sahaja. dalam perkara menghalalkan hukuman ke atasnya bererti dia boleh dihukum kerana perbautan sengaja
melengah-lengahkan hutang. Hukuman itu sama ada dipenjara, dirotan atau
seumpamanya. (Az-Zawajir hln 414).

Menurut Ibnu Hajar lagi, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar. Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab
membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. 


Antaranya disebutkan
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutanngnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "umar Radiallahuanhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." 
(Hadis riwayat IbnuMajah).

Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam enggan menyembahyangkan jenazah apabila Baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai
tanggungan hutang. Tindakan Baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan Baginda
terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang. JIka si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan, berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya. Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan selesa di dunia dan di akhirat kelak.



antara artikel lain yang menarik mengenai hutang;
http://www.zaharuddin.net/content/view/138/98/

Sama-samalah kita mengambil iktibar serba sedikit dan menjauhkan diri dari belengu hutang. Kalau rasa-rasanya berhutang dan mampu untuk melunaskan hutang tersebut, baik lakukan segere.
Kalau sesiapa yang rasa-rasanya saya terhutang apa-apa... boleh la memberitahu kepada saya.


Do you any comment?
Dalam kerancakan demam piala dunia dan mengetahui serba sedikit fakta-fakta menarik mengenai Piala dunia yang mungkin pun sudah diketahui oleh peminat-peminat bola sepak . Makan Bola, Tidur Bola dan bermacam-macam semuanya bola. Ada juga sanggup stay up pagi-pagi untuk menonton perlawanan bola.
Tapi jangan pulak kita lupakan kejadian yang baru terjadi keatas kapal bantuan ke Gaza Palestin yang disuramkan oleh Semangat PIALA DUNIA ini.
kawan aku ade post mengenai perkara ini dalam entry beliau
http://nizamlimited.frenzyfm.my/demam-piala-dunia-adakah-isu-gaza-dilupakan.html




  1. Italy dan Brazil adalah dua negara yang pernah menjuarai Piala Dunia 2 kali berturut- turut.
  2. Brazil paling banyak menjuarai Piala Dunia selama 5 kali yaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 & 2002.
  3. Sebanyak 6 negara telah menjuarai Piala Dunia dan pada yang sama telah menjadi tuan rumah Piala Dunia iaitu Perancis pada tahun 1998, Argentina pada tahun 1978, Jerman Barat pada tahun 1974, England pada tahun 1966, Italy pada tahun 1934 dan Uruguay pada tahun 1930.
  4. Untuk pertama kalinya pada tahun 2002, Benua Asia telah diberi peluang untuk menganjurkan Piala Dunia iaitu di Korea Selatan dan Jepun.
  5. Pertama kalinya juga Piala Dunia dianjurkan di Benua Afrika iaitu di Afrika Selatan pada tahun 2010.
  6. Jerman dan Brazil adalah negara yang paling banyak masuk ke perlawanan akhir Piala Dunia iaitu sebanyak 7 kali, namun mereka hanya mampu memenanginya sebanyak 3 kali sebagai juara.
  7. Satu-satunya benua yang belum pernah memenangi Piala Dunia ialah Benua Australia.
  8. Benua Eropah adalah benua yang paling banyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 10 kali.
  9. Negara dengan keluasan wilayah terkecil yang pernah menyertai Piala Dunia ialah Trinidad and Tobago pada tahun 2006.
  10. Korea Selatan adalah satu-satunya negara di Asia yang berjaya memasuki peringat separuh akhir di piala dunia 2002.
  11. Hanya ada 2 benua di dunia yang negaranya pernah menjuarai Piala Dunia iaitu Benua Eropah dan Amerika Selatan.
  12. Penjaring gol pertama di final Piala Dunia Pertama adalah Pablo Dorado dari Uruguay.
  13. Argentina merupakan pasukan pertama yang mencatatkan enam gol ketika mengalahkan Mexico 6-3. Guillermo Stabile menjadi pemain pertama yang mencatat jaringan “hat-trick”.
  14. Terdapat 6 negara yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama iaitu Itali, Hungari, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Uruguay. Negara terakhir terpilih kerena berjanji akan membayar semua pengeluaran negara peserta.



Do you any comment?


Nama: Soccer City Stadium
Bandar : Johannesburg
Status : 1987
Siap : Ubahsuai siap 2009
Kapasiti Penonton : 88,460
*Gelanggang pembukaan dan Penutup Piala Dunia FIFA 2010


Nama: Green Point Stadium
Bandar : Cape Town
Status : Baharu
Siap : 2009
Kapasiti Penonton : 66,500


Nama: Ellis Park Stadium
Bandar : Johannesburg
Status : 1982
Siap : penambahbaikan 2009
Kapasiti Penonton : 61,639



Nama: Loftus Versfeld Stadium
Bandar : Tshwane/Pretoria
Status : 1906
Siap : Penambahbaikan 2008
Kapasiti Penonton : 49,365


Nama: Durban Stadium
Bandar : Durban
Status : Baru
Siap : 2009
Kapasiti Penonton : 69,957



 Nama: Royal Bafokeng Stadium
Bandar : Rustenburg
Status : 1999
Siap : penambahbaikan 2010
Kapasiti Penonton : 44,530

 Nama: Mbombela Stadium
Bandar : Nelspruit
Status : Baru
Siap : 2009
Kapasiti Penonton : 43,589




Nama: Peter Mokaba Stadium
Bandar : polokwane
Status : Baru
Siap : 2010
Kapasiti Penonton :45,264






Nama: Nelson Mandela Bay Stadium
Bandar : Mandela Bay/ Elizabeth port
Status : Baru
Siap : 2009
Kapasiti Penonton :46,082
* Perlawanan penentuan tempat ketiga dan  keempat



Do you any comment?


Bersempena piala dunia yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang 24 jam sahaja lagi, aku tak mahu ketinggalan untuk mengikuti perkembangan dan maklumat terbaru mengenai Piala dunia. Buat permulaan, kita baca mengenai sejarah Piala Dunia itu sendiri. Sekurang - kurang kita tak berada seperti katak di bawah tempurung, dan tahu mengenai isu semasa dan boleh enjoy dengan kawan-kawan lain.

Sejarah Piala Dunia




Sejarah Piala Dunia dikenali bermula apabila presiden FIFA yang pertama Jules Rimet mencadangkan satu kejohanan menghimpunkan semua pasukan terbaik dikalangan benua diadakan dalam satu kejohanan. Beliau telah lama memikirkan idea ini kerana bola sepak telah menjadi satu kegilaan dikalangan orang diseluruh dunia.

Satu perbincangan telah diadakan yang dihadiri Rimet dan anggota kongresnya di Amsterdam bagi merealisasikan kejohanan tersebut. Uruguay yang ketika itu memiliki sebuah pasukan yang hebat telah bersetuju menjadi tuan rumah Piala Dunia yang pertama 1930 di Montevideo.

Sebagaimana ramalan banyak pihak,Uruguay telah mencatatkan nama sebagai pasukan yang pertama memenangi piala keagungan bola sepak itu apabila mengalahkan Argentina dengan jaringan 4-2.



Piala Jules Rimet

Piala yang mengambil sempena nama Jules Rimet,Presiden FIFA yang pertama yang juga pengasas kejohanan tersebut telah diukir oleh pereka terkenal Perancis,Abel La Fleur,berbentuk oktagonal berlambangkan bumi dipegang oleh Dewa Kemenangan yang bernama Nike (dewa Greek purba). Ia diperbuat daripada emas padu,mempunyai berat 3.8 kg dan tinggi 35 cm.








I have heard and read about the “mistreatment” of doctors, particularly housemen, in our government hospitals. Most of the complaints are made by parents who raise the issues of young doctors being mishandled and yelled at by senior officers, having to work through public holidays and stay on call.
One must understand that being a doctor requires a certain amount of sacrifices. It is the longest undergraduate programme to follow because it deals with the most important thing: trying to save lives and healing the sick.
People do not choose to fall sick and they do not know when an accident is about to occur. As such, a doctor must be readily available, regardless of what day or what time it is. The satisfaction of the job is from the help that you have provided to these unfortunate people.
All doctors know that the job requires sacrifices very early into medical school and yet we pursue it because of our desire to help others in need.
Yet so many complaints about poor pay, long working hours and other negative things have been said, but what about the good things and benefits that are never mentioned?
That every time you go on-call, meals are provided and a bed is available for you to sleep and rest, Nurses will wake you when you are needed. Not only are the doctors working through the night, the medical assistants, nurses and senior officers are all doing the same.
So how come we hear only housemen are complaining? Maybe it is time we stop whining and appreciate the fact that we have a job and a salary and are helping others despite an economic downturn.
21 Jan 2010
comment:
everybody have right to complain.. hahaha

Do you any comment?

KUALA LUMPUR - Gaji doktor yang lumayan dan kos peralatan moden sekarang antara faktor caj-caj hospital swasta di negara ini dilihat semakin tinggi.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. David K.L Quek berkata, caj-caj yang sama juga digunakan untuk membiayai yuran seperti gaji pekerja dan kemudahan yang digunakan hospital swasta.
"Profesion mereka sebagai seorang doktor menuntut kami membayar mereka dengan jumlah yang berpatutan dengan apa yang mereka belajar.
"Selain itu, kos untuk mendapatkan doktor yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi dalam bidang ini bukan murah dan memerlukan kami membayarnya pada kadar setimpal," jelasnya ketika dihubungi semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
Do you any comment?

Kaget setelah melihat gambar ini yang dipostkan oleh kawan di facebook
Memang diketahui yang kasut croc kini menjadi zaman sekarang, dari yang muda sampai ke tua..
Saya sendiri mempuanyai sepasang kasut jenama croc ni sebab selesa bila guna jenama ini, kualiti pun ok la juga
Kita juga tidak boleh nak menyalahkan mana pihak yang menggunakannya..

 tidak tahu sejauh mana kebenaran disebalik gambar ini
Isu-isu macam ni, susah kita nak merungkaikan dan membuat kesimpulan sama ada ianya hanya sebagai kebetulan atau memang disengajakan melainkan orang yang mencipta logo tersebut yang mengetahui. Sama ada memang mereka sengaja nak merosakkan agama Islam ni. Lagi-lagi bila kalimah Allah yang suci sepatutnya di hormati terletak di tapak kaki kita sendiri.
Sama-sama kita sendiri buat penilaian 
di harapkan pihak-pihak yang berkaitan dapat menyiasat mengenai perkara ini dan mengambil tindakan susulan seterusnya merungkai kekeliruan yang sedia ada ini.



Do you any comment?

Sifat Sombong

Posted by mfk 1 comments

Kalau kita sudah berpangkat, bergaji besar, berpelajaran tinggi, kaya dan mengecapi kesenangan, janganlah kita bersikap sombong dan bongkak. Selalu juga kita melihat drama-drama di televisyen yang selalunya orang kaya yang sombong dan sebagainya.

Satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.
Allah melarang kita untuk sombong:
”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
Allah benci dengan orang-orang yang sombong:
”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]
Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:
Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk sorga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebijih atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]
Nabi juga berkata bahwa orang yang sombong niscaya akan disiksa oleh Allah di akhirat nanti:
Dari al-Aghar dari Abu Hurarirah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]
(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]


Sebelum ini ada entry berkaitan corak & warna tali leher, kali ini nak berkongsi teknik dan cara-cara untuk mengikat tali leher supaya boleh dipelbagaikan agar penampilan kita nampak kemas, segak dan bergaya. Ada di antara kita yang tidak tahu bagaimana nak mengikat tali leher, Boleh ikut langkah-langkah seperti dalam gambar. Klik 2 kali untuk besarkan gambar.


 Teknik 1:
tali leher




Teknik 2:
tali leher







Saya sendiri memiliki dalam 30 jenis tali leher dalam koleksi peribadi yang terdiri dari pelbagai saiz, warna dan corak. Apa salahnya mengayakan tali leher yang bersesuaian dengan kemeja yang kita pakai. Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.



Biru
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning
Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Coklat
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Corak Tali Leher


Bergaris

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.



please leave some comments


Ini ada koleksi peribadi yang berkaitan dengan OSCE samaada dari senior, sumber lain dan sebagainya.
Harap dapat membantu kepada rakan-rakan yang tiada contoh-contoh osce.
* Tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kepada soalan-soalan2 dan gambar-gambar yang telah saya kumpul ini. Mungkin ada kekurangan, "Nobody Perfect and I'm Nobody". Mungkin ada sesiapa yg lain pun pun boleh berkongsi jugak..

OSCE Collection for Exam:
***password: widecoverage
minta maaf semua, tak perasan yang link ada yang bertukar2, nak cepat hari tue...
thnx shah bgtau...dah betulkan




Sumber Rujukan yang lain:
PRE-Test Collection
Lange Collection
At a glance Collection
Internal Medicine
Ophthalmology
Dermatology
A&E
O&G 
Paediatric
Surgery
Physical Examination




*doakan kejayaan saya ye...


please leave some comments
Hari ini 11 Mac 2010
ialah HARI BUAH-PINGGANG SEDUNIA 
WORLD KIDNEY DAY....

The 2010 campaign will focus on Diabetes, the leading cause of Chronic Kidney Disease. World Kidney Day (WKD) is a global health awareness campaign focusing on the importance of our kidneys and reducing the frequency and impact of kidney disease and its associated health problems worldwide.
Every year in March, on World Kidney Day, the whole world join forces to encourage early diagnosis of kidney diseases. Check out what the life of a patient is, under dialysis, and how a simple blood test can save countless lives! 




Korang semua tahu tak apa fungsi buah pinggang kita?

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

kalau nak tahu lebih lanjut mengenai buah pinggang, tekan sini



Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :
1. Keturunan - batu karang
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui.
6. Usia yang meningkat
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Kalau kita tak jaga buah pinggang ni,
macam-macam boleh terjadi...
dan Kalau buah pinggang tu dah rosak...
macam2 komplikasi yang lain pulak akan datang...
Jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui.

kata2 akhir dan ringkas dari-ku:
Anda mesti tahu & ambil tahu mengenai buah pinggang anda...
sekurang-kurangnya ada pengetahuan mengenainya...

video menarik tentang buah pinggang (kidney):






KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.
Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian A**** itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.
Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.



PANADOL aka PARACETAMOL or acetamenophen
Generic Name: Paracetamol
Product Name: Panadol



YES, Paracetamol can cause poisoning if taken overdose can reach toxic level especially in children.
maka dengan itu, kalau nak ambil panadol aka paracetamol tu, kena la berhati dan tidak mengambilnya secara berlebih-lebihan kerana kesan sampingannya, terutamanya kepada hati (liver)
Jangan letak ubat atau pil itu merata-rata, takut budak-budak kecik boleh ambik & termakan...
ingat bahaya ok....
because it can cause PARACETAMOL POISONING




Paracetamol is a widely used over-the-counter analgesic (pain reliever) and antipyretic (fever reducer). However, its effectiveness alone as an antipyretic has been questioned. It is commonly used for the relief of headaches, and other minor aches and pains, and is a major ingredient in numerous cold and flu remedies. In combination with opioid analgesics, paracetamol could be used also in the management of more severe pain (such as in advanced cancer)


 It could be considered a nonsteroidal antiinflammatory drugs (NSAID), but paracetamol has very little anti-inflammatory effect in many tissues. However aspirin, paracetamol and other NSAIDs all act by the same mechanism (inhibition of prostaglandin (PG) synthesis) and all show varying levels of analgesic, anti-inflammatory, antipyretic and antiplatelet actions.


The toxic dose of paracetamol is highly variable. In adults, single doses above 10 grams or 200 mg/kg of bodyweight, whichever is lower, have a reasonable likelihood of causing toxicity.Toxicity can also occur when multiple smaller doses within 24 hours exceeds these levels



The signs and symptoms of paracetamol toxicity occur in three phases. The first phase begins within hours of overdose, and consists of nausea, vomiting, pallor, and sweating.However, patients often have no specific symptoms or only mild symptoms in the first 24 hours of poisoning. Rarely, after massive overdoses, patients may develop symptoms of metabolic acidosis and coma early in the course of poisoning.
The second phase occurs between 24 and 72 hours following overdose and consists of signs of increasing liver damage. In general, damage occurs in hepatocytes as they metabolize the paracetamol. The individual may experience right-upper-quadrant pain. The increasing liver damage also alters biochemical markers of liver function; International normalized ratio (INR) and the hepatic transaminases alanine transaminase and aspartate transaminase rise to abnormal levels. Acute kidney failure may also occur during this phase, typically caused by either hepatorenal syndrome  or multiple organ dysfunction syndrome. In some cases, acute kidney failure may be the primary clinical manifestation of toxicity. In these cases, it has been suggested that the toxic metabolite is produced more in the kidneys than in the liver.
The third phase follows at 3 to 5 days, and is marked by complications of massive hepatic necrosis leading to fulminant hepatic failure with complications of coagulation defects,hypoglycemia, kidney failure, hepatic encephalopathy, cerebral edema, sepsis, multiple organ failure, and death. If the third phase is survived, the hepatic necrosis runs its course, and liver and kidney function typically return to normal in a few weeks The severity of paracetamol toxicity varies depending on the dose and whether appropriate treatment is received.


please leave some comments

    Chat Box

    mfk resources