Saya sendiri memiliki dalam 30 jenis tali leher dalam koleksi peribadi yang terdiri dari pelbagai saiz, warna dan corak. Apa salahnya mengayakan tali leher yang bersesuaian dengan kemeja yang kita pakai. Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.
Biru
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.
Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.
Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.
Hitam
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.
Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.
Kuning
Muda, penuh harapan dan bahagia.
Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.
Coklat
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.
Corak Tali Leher
Bergaris
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.
Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik
Bercorak gelombang
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.
please leave some comments
0 Response to "Rahsia Warna & Corak Tali Leher"
Post a Comment