Welcome to this blog

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

Welcome to this blog. I hope that you will get something beneficial in this web the topic that i will post such as music, movie,medical references, meedical stuff, photography and etc. thank you for visiting this blog.

ECG -electrocardiogram

Posted by mfk On 04 - 02 - 2009

An electrocardiogram (ECG / EKG) is an electrical recording of the heart and is used in the investigation of heart disease.

10 Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

Posted by mfk On 03- 04 - 2009

Apakah situasi2 lelaki yag perempuan harus mengerti dan fahami? Ikuti maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dlm entry berkenaan

Delaying cataract

Posted by mfk On April - 3rd - 2009

What is cataract? How to delay it?

Medical Mnemonic - OnG PART 1

Posted by mfk On Nov - 5 - 2009

what is mnemonic? Definitions of mnemonic a device (such as a rhyme or acronym) used to aid recall of or relating to or involved the practice of aiding the memory; "mnemonic device" for this time being, let have a look at Obstetric Gynaecology Mnemonic




Selidik pasangan sebelum kahwin banyak manfaat



KUALA LUMPUR: “Inilah bahananya bila kita mengabaikan tradisi lama,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Profesor Madya Datin Noor Azial Mohd Awal.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian ketika mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai dua contoh wanita muda yang bergelar janda ekspres selepas diceraikan seminggu selepas berkahwin.

Metro Ahad memaparkan kisah dua wanita berlainan latar belakang terpaksa menjadi janda muda berikutan tidak mahu mengikut perintah suami membantu mengedar dadah, manakala seorang lagi bekas pelayan pelanggan (GRO) diceraikan selepas 50 hari berkahwin.

Katanya, tradisi orang lama yang akan menyelidik latar belakang pasangan sebelum mengahwinkan anak masing-masing tidak harus dipandang ringan generasi muda kerana manfaatnya besar termasuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Ini yang tidak betulnya kerana ramai orang suka menipu. Sedangkan penyata gaji pun boleh ditipu dengan mudah, apatah lagi hanya dengan percakapan, kita yang mudah percaya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Noor Aziah menjelaskan dari segi perundangan Syariah tidak menampakkan kesulitan kepada perempuan yang sudah dilafazkan cerai oleh suami, tapi tidak kepada mereka yang enggan dilepaskan suami begitu saja.

Katanya, dalam kes satu membabitkan wanita berusia 28 tahun bernama Wati, perlu mengemukakan bukti kepada mahkamah Syariah dengan sejelas mungkin mengenai dakwaan suami seorang pengedar dadah dan mahukannya berbuat sama.

“Di mahkamah, walaupun isteri boleh memohon fasakh untuk diceraikan, namun perlu melalui proses panjang lebih-lebih lagi dia tidak mengalami penganiayaan secara fizikal, sebaliknya tekanan untuk melakukan jenayah.

“Ia perlukan bukti jelas bagi mendakwa si suami pengedar dadah dan cuba menjadikan dia juga seorang pengedar tapi ini bukan mudah, sebab itu perlukan kesabaran tinggi,” katanya.

Beliau turut menceritakan seorang banduan wanita di Penjara Kajang yang menerima hukuman gara-gara melindungi keluarga mentua yang juga pengedar dadah sejak beberapa keturunan termasuk suaminya.


0 Response to "Selidik pasangan sebelum kahwin"

Post a Comment


    Chat Box

    mfk resources